Tuesday, April 7, 2009

Pak Pandir Tunjuk Pandai...Lawak

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.
Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.

Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu,
lalu dia berkata,'Lembik...macam taik.'

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu,
lepas tu dia berkata,'Bau macam taik.'

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.

Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

Monday, April 6, 2009

Bunuh Setan...Lawak

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersamakan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.

Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..
Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.

Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'

Cium Isteri...Lawak

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami :Kenapa?

Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'

Saturday, April 4, 2009

Layan....

p/s: Layan je la......

Friday, April 3, 2009

Kalau Perempuan Tanya... Ada Makna Tersembunyi !

Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budakpompuan tu?

Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Malas nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you.You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi :Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ini cuma contoh saja.



p/s:Betul ke ?

Thursday, April 2, 2009

Kentut

WASHINGTON : Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis, sakit jantung dan lain lain

"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menabah khasiat untuk kesihatan orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar, 30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga.

Disebabkan masalah makanan tidak teratur. kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.

Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.


Moral of the story : Kentutlah merata-rata tempat ingatlah orang-orang yang tersayang!!



p/s: Sanggup ke ?

Wednesday, April 1, 2009

Menikah Dengan Gadis Satu Kampung

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru.

Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian.

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung...!! !

hehehehehe..



p/s:Jgn marah ye, haku pun terkena jugak.